Tuesday, April 26, 2011

Lelaki pOjaanku...

Salam...

hello hello hello...
Arini ari malas sedunia. Aku bukak notes, pastu sambil2 tu bukak youtube, layan Nur Kasih back to back.. ahaks. Tetibe mood nk kawen lak datang.. adess.. camane ni? Umi, nk kawen leh x? *sambil pintal2 rambut pakai jari tgn kanan*

Okes2, berbalik kepada tajuk entry, arini aku dengan berbesar hati ingin berkongsi sesuatu.. yeeehhaaa... apekah itu? Aku sebenarnye minat ramai lelaki tau *aha! bunyi camgedik kan?* kikiki.. ok la2, kite pendekkan cerita, kite wat shortlisting 5 top lelaki pOjaan hatikoOOO eh2... check diz out...

di tempat ke 5:


Encik Shah Inderawan a.k.a TOMOK. Ekceli aku bukanla minat separuh mati terkinja2 kalo nampak die xde la.. Aku pon x layan Tomok zaman Newboyz ni.. Aku start suke Tomok pas die masuk OIAM tu. Mmg salute kat die la.. Die punye transform tu. Cayalah. Die xmcm Tomok yg sebelumnye. Totally differ. Aku suke sgt tgk die perform. Terutama mase g dalam pic ni die nyanyi lagu Umbrella.. Ade kelass you!

tempat ke 4


Ok, kenal mamat ni x? Si kacak no 4 ni aku minat sejak zaman skolah rendah around tahun 1998/99 gitu la, menerusi cite With Love kt TV3. Memang tangkap cair la ngan mamat ni. Yutaka Takenouchi. Hensem kan?


Tempat ke 3

Yg ni for sure sume org kenal kan? Aku suke Nabil sebab die lawak. Die slalu wat muke kiut miut je time perform. Sejak mase Raja Lawak lagi aku suke Nabil, till skang Maharaja Lawak pon aku still suke die.. hihi. Time Raja lawak dulu aku paling suke minggu yg die wat tajuk CINTA tu, mase tu die bace surat awek tu sangat la comel..


Tempat ke 2 adalah untuk si kacak ini

Wawawawa.. buah hati pengarang jantung pelukis hatiku Farid Kamil. Bile agaknye aku nk boleh jumpe die ni.. Dapat jumpe Farid Kamil ni pengsan aku ni. Aku dulu xde perasaan sgt pon kat Farid Kamil ni. Then, 2 tahun lepas, aku asek tgk cite die back to back dari pagi sampai malam, then bleh lak terjatuh hati kat die.. ahaks! pastu trus suke tgk die berlakon. Die bukan hensem mane pon kan? Tapi tahla, daya tarikan kuat sgt kot...

Tempat pertama adalah untuk sikacak yang paling kacak..

weeeeehhhaaaaa.... ni la si kacak yg paling kacak. Kacakkan? Aku minat die ni dari kecik lagi tau. haa... Sampai mak aku pon tiap kali Faizal Hussein ade berlakon lam filem ape2 mak aku mesti jerit panggil aku. Die ni mmg dari dulu lagi menjadi si Kacak aku. Dari kecik agi berangan nk jadi awek die. Tp x kesampaian la sebab die da kawen kan.. Sebab tu lebih suke postkan ape2 kat fesbuk sal FK. hikhik.. Tp even die da kawen, aku tetap suke die. hikhik...


Siapepon lelaki pOjaan hatiku ni, yg paling perasan mereka punya ciri2 yg same.. ;)

Monday, April 25, 2011

Duniaku

Duniaku
sebuah warung usang
di pinggir jalan
memberi rezeki
dari keringat ibu yang mengalir

Duniaku
sebuah warung di pinggir jalan
di situ adik-adikku membesar
ibu yng gigih bekerja
biarpun tanpa ayah

Duniaku
sebuah warung di pinggir jalan
menanti pelanggan di persisiran
menunggu dikunjungi
sedikit rezeki yang halal

Duniaku
sebuah wrung di pinggir jalan
entah betapa banyak keringat ibu mengalir
besama membantu
bersama duniaku

Happy 8th anniversary MR A....

Salam.. *senyum sampai telinga*

Mahu bercerita...


On 25th April, 8 years ago... USM Penang, Minggu Pembimbing Rakan Sebaya. The place i met him. Di takdirkan kami dalam kumpulan yang sama. Dan ditakdirkan jugak dia adalah satu2 nya sahabat pena yang stay in touch dengan aku after kursus tu tamat.

We become close frens... till die dapat aweks, n aku dapat bopren. Lost contact atas sebab2 yang xdapat di elakkan... until he lost her n i lost my boy..

We met again then dengan takdir Allah s.w.t dan pada tarikh yang sama 2 tahun lalu, kami ber'sahabat' sehingga ke hari ini...he always with me samada senang atau susah, sedih atau gembira and to my MR A: i dunno whether we should celebrate 8th or 2nd anniversary dear... confuse.... but thanks for everything... walaupun kite xpernah berada dekat antara satu sama lain, but what u gave me more than enough dear ;)

Wednesday, April 20, 2011

Hujan sudah kembali ke langit...

Salam....

Salam sejahtera... Hujan kini sudah kembali ke langit... Tiada lagi dia di sini. Kesisi Allah dia menuju.. walaupun aku tidaklah sangat rapat dengan arwah, tetapi aku gembira mengenali arwah. Seorang yang sangat kelakar, open minded, easy going, mudah mesra dengan orang.

Sebelum arwah pergi, sy ade terserempak dengannya. Senyum saje die... Jernih air wajahnya. Namun sy bersyukur, arwah bertemu jalan yg benar sebelum beliau 'pergi' menghadap ilahi. Alhamdulillah.

3 tahun yg lalu Allah telah memberinya sinar hidayah. membuka hatinya untuk mengenali Islam. Pelbagai cabaran yg terpaksa ditempuhinya ketika awal mengenali Islam. Ditentang habis2an oleh keluarga yang sangat berpegang teguh dengan ajaran Kristian, dipulau sahabat2 baiknya. Menurut arwah, ketika beliau masih beragama Kristian, beliau merasa kosong. Setiap minggu beliau ke gereja, namun beliau tertanya2 untuk apakah. Ketika rakan2 seagamanya sedang bersembahnyang, beliau hanya memandang kosong salib gergasi di depan beliau. Beliau tercari2 dimana hala tuju. Dan sehinggalah beliau mengenali Islam, beliau dengan lantang menyatakan beliau sangat bangga menjadi seorang Muslim. Beliau merasa kekosongan selama ini telah terisi.
Ni la Allahyahamah Qistina Reny...

Sucinya dia, ibarat kanak2 yang berumur 3 tahun. Saya doakan beliau kini bersama2 di kalangan orang2 yang beriman, sesungguhnya Tuhan sangat menyayanginya. Mengambilnya secepat itu setelah menunjukkan dia jalan yang benar...

Dan kini Hujan Telah Balik Ke Langit - her blog... http://hujanbalikkelangit.blogspot.com/

Monday, April 18, 2011

saya cari rumah.. lalalala~

salam...
tetibe cam nk advertise kat blog sendiri kan.. yela, bile say try search kat tenet tuk cari rumah sewa ade je rupenye org yg advertise sal rumah sewa yg hendak disewakan mahupon mahu sewa rumah kat blog sendiri... dengan menciplak idea mereka, lalu sy pon nk advertise gaks... hikhik

saya ade 2 advertisement nih... dengor sume dengor, kome nk cite ni...

1/ saya sedang mencari BILIK UNTUK DISEWA di kawasan PUNCAK ALAM. Bilik tersebut mestilah(eceh, ade syarat le plokkk): berdekatan dengan UITM PUNCAK ALAM. ade kemudahan kenderaan awam, umah teres diutamakan tp kalo flat pon boley la, harga yg berptutan, nk bilik kosong, kalo bleh nk yg ade katil... da lame x merasa tido atas katil.. sobs...nk masuk around tgh bulan 5 insyaAllah ;)

2/Saya juga mencari org/student/ worker/ seramai 5 orang untuk menyewa 2 buah bilik di rumah sewa yang akan say tinggalkan ni (sobs3..).. rumah flat seksyen 7, blok 53 tingkat 3. Rumah ni baru lagi. Ade kemudahan mesin basuh, tv, dapur, iron, tenet streamyx laju gile dowh... hikhik.. harga sangat berpatutan.

Maka, jika ade yg berminat nk sewakan bilik tuk saya or nk sewa bilik kat umah saya, bleh hubungi sy kat sini or kat fesbuk sy ye..;)

Sunday, April 17, 2011

Pelangi pasti kan muncul

Pelangi pasti kan muncul
Setelah red hujan di langit
Memancarkan 7 warna nan indah
Mengilangkan segala kebasahan
Kesayuan di hati.

Pelangi pasti kan muncul
Cuma antara waktu bergulir
Putaran yang pantas mahupun perlahan
Hanya kita yang tahu
Kerana kita penentu.

Jangan biarkan hujan memusnahkan keceriaan
Jangan biarkan hujan merosakkan tanaman hati
Jangan biarkan hujan terus menyesakkan nafas
Membawa kesayuan kepada si penduka
Percayalah...
Pelangi pastikan muncul




DEQJAAS
0326
17 APR 11
For: my frens D n H ;)

dia mungkin bukan rusukmu.....

Salam..

Lame x hapdet. Bizi sket. Baru je balik berborak dengan seorang teman. Berbicara dari hati.

Hidup di dunia ni sering diselang seli. Ada naik turun, pasang surut, siang malam dan segalanya berputar ibarat roda kata orang. Ada bahagia ada juga derita. Ada senyuman maka ada juga tangisan.

When it comes about love, it is very hard to define. Love comes from heart deep inside the soul. But when it comes and when it will fade away nobody knows. How it feel? Semuanya hanya hati yang tahu. Kemanisan, kesakitan, kepahitan. cukup lengkap segalanya. Itulah keindahannya. Cinta itu indah. Dan keindahan itu anugerah yang esa. Namun, dikala ianya musnah. Hancur berkecai dimamah waktu, pudar serinya tiada lagi kilauan. Hanya ketika itu kita rasakan kepahitan. Namun kita, harus ingat segalanya milik Allah. Dan hanya Dia mengetahui apa yang tidak pernah kita ketahui. Dan tidak kan Dia menguji hambaNya melainkan yang termampu oleh mereka.

Kata orang yang patah kan tumbuh dan yang hilang berganti. Namun semestinya yang tumbuh itu takkan sama dengan yg dah patah dan yang diganti itu takkan same dengan yg telah hilang. Segalanya terpulang pada penerimaan seseorang.

Untuk kenalanku: Tabahlah menghadapi hidup. Telah ditentukan seseorang di luar sana untukmu yg dari tulang rusukmu. Hadapi dengan senyuman. Keep positve in mind. ;)

Wednesday, April 13, 2011

Apabila diri di hina

Salam... sedikit perkongsian disini... semoga dapat memeri iktibar dalam menempuh hari2 mendatang ;)


DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

sumber: iluvislam

Tuesday, April 12, 2011

Since then, i dun ate yogurt anymore ;(

Salam...
I miss u...
Thats all i wanna say.
Miss the way u smile, the way u looked at me at once time ago..
All of them remains memories..

I remember when we go to school together, holding our hand tightly, wearing similar attire. Walk together, chattering, hooo-haaa together. It is soo nice and i always smile when i remember that.

I remember every Monday we will going to Pasaraya Bintang to buy something that we MUST buy every week. DUTCH LADY YOGURT. U love Mixed Fruit flavor when i preferred Apple flavor. We will ate it together while studying, gossiping and cooking. All them with smile and joy.

As the time rolling, everything was not the same anymore. Now, u r far apart. Near in distance but far in mind. U have gone... away from me..far apart...

I really love her. I think she dunno it n never knows or never cares..
i hope i can cope with it... And since then, i dunt ate yogurt anymore because it will remind me to her ;(

Saturday, April 9, 2011

Selalu begini~

Salam....

Selalu begini..
Selalu ini terjadi. Bila je final sem, da dapat offer further study, mesti at the same time dapat offer keje gak. Rezeki tu datang bertimpa2. Syukur tapi sy terpaksa korbankan apa yang saya sendiri tak mahu korbankan. Sounds like tamak kan?

Dulu mase final sem diploma when already get offer for further in degree, i got 2 offer from private company as penolong pegawai alam sekitar with qualification diploma la. but sy tolak.. its ok for me.. xterasa sangat la coz private company.

But now, i already got offer to further with my master, but then at the same time(selang sehari) i got the offer for penolong pegawai sains (government). Bukan senang nk dapat government. Once u dapat government u are stable enough. But i olreadi decide to do my master and at the same time rase regret tolak yg tu.. *sigh* nk dua2 beh? (cam tamak la plak kan?) mungkin bukan nasib saya.. mungkin bukan rezeki saya...

From now on, focus for your goal tinta! u r now nearer to your dreams.. juz a couple of year, everything will comes true and u need to set up another goal!! gambatte!!!!

Thursday, April 7, 2011

a sadday....

A short sad conversation with kak wawa which then turn me to fever today... ;(





p/s: hanya perlu bertahan untuk 1 minggu sahaja lagi... gambatte!!

Monday, April 4, 2011

Akim-Inilah Cinta [HD] Music Video with All dialogues and sound FX

Sesungguhnya lately die menjadi seorang yg sangat la sweet. Da mule jeles2, da mule xleh xdengar sore sy, da mule xleh xmesej. Dia bukan seorang yg begitu sebeulm ni. i noe him very well for about 8 years. Dan apabila dia mulai risau sy hampir habis belajar..tu sangat the tacing! how seorang yg serius menjadi sebegitu rupe? owhh... lembik lutut i tau. and last nite, he gave me this link....




wat sy senyum je sepanjang hari....

pink ohhh pink~~~

Salam..
Lately busy menyiapkan Thesis, so xnyempat nk jenguk blog yg x cun cam blog org len ni(cukup sekadar tempat untuk melahirkan hasil tinta)

Hari ni rase cam nk pecahkan satu rahsia je.. hikhik... Bagi mereka yg selalu bersama saya, maybe benda ni bukanlah suatu cerita baru. Mungkin bagi mereka "this is trully U". hahaha..

Ape agaknya yang nak dipecahkan tembelang ni?? ermmm... check this out!


























sape2 de nk pinjam tdung pink??





yg ni pon nk pink jugakkkk....








Ni latest punye.. sanggup g daftar ahli avon tuk dapatkan beg ni.. hikhik

Friday, April 1, 2011

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Wednesday, March 16, 2011

MUALLAF~

Salam...

Baru lepas menonton filem Muallaf. Maybe agak out of date, cite ni tah tahun berapa tah disiarkan, but rase cam da lame da la disiarkan tp sy baru tgk. hmmm....

Agak kecewa sebenarnya menonton cerita ini. Hati rase cam hancur. Wat actually Allahyarham nk tonjolkan sangat lam cite ni, i dunnot know. Tajuk cerita MUALLAF, but the whole cerita lebih bercerita tentang Bibble, bercerita tentang agama Christian. Saya jadi agak tdak faham apa yg ingin ditonjolkan yang membolehkan filem tersebut memenangi banyak anugerah. Gadis tersebut (Rohani dan Rohana) kata mereka muslim, mereka sembahyang dan mereka kata mereka tidak cetek dalam ilmu agama Islam. Namun mereka dengan lancar bercerita tentang sejarah Kristian. Overall filem ni pun bercakap tentang Kristian,not Islam sebagaimana tajuknya. Apa sebenarnya dalam fikiran Allahyarham agaknya? Saya bukan mahu meng'kondemkan' beliau yang sudah tidak ada tetapi saya berasa tercabar dengan adegan filem tersebut seolah2 mahu meninggikan agama lain atau mungin menyamaratakan agama Islam dengan agama lain. Atau filem itu langsung tidak menunjukkan agama Islam itu indah, dan tinggi darjatnya. Sehinggakan pelakon Islam di dalam cerita tersebut menghafal bait2 Bible sedangkan bila tiba sesuatu perkara untuk dikaitkan dengan ayat2 alQuran, beliau hanya menyebut nama surah dan ayat ke berapa sahaja. Tidak pula dibacakan ayat tersebt sebagaimana dibaca ayat di dalam Bibble. Ada part dimana beliau membaca AlQuran untuk sahabat mereka yang sedang koma, di'mute'kan suaranya tetapi didengarkan muzik sayu. Saya rasa snagta tercabar dan marah. Hati saya mengeluh. Sehingga ke tahap itu ceritanya?

Saya perhatikan setiap filem beliau mesti ada satu objek yg WAJIB ditonjolkan iaitu anjing. Semua filem beliau ada anjing. SEPET, GUBRA, sume ade anjing. Dan jalan cerita filem2 beliau juga mesti memberatkan kaum Cina. Bukan bermakna saya racist, tetapi beliau suka menonjolkan kehidupan kaum dan agama lain. Ajaran mereka, fahaman mereka ditunjukkan meluap2..


Dan sehingga habis ceritanya, saya masih tertanya2 kenapakah filem itu dinamakan MUALLAF?

Sunday, March 13, 2011

Orang yang x perlu ada

Salam.

Hanya dua jenis manusia:
1) Yang akan datang kepada kita sewaktu kita senang dan pergi waktu kita susah
2) Yang akan datang kepada kita waktu mereka susah dan pergi sewaktu mereka senang.

Kedua2 manusia ini tidak perlu ada dalam hidup saya. Itu saja. Full Stop!!

Hilang ingatan....

Salam.

Hilang ingatan seketika, tadi terjumpe seorang aweks cun melecun. Skali tgk, eh2 cam kenal la.. Sah!! kenal!. Namanya Fatin. Tapi saya kenal die kat mane eh? Rase cam penah kawan gan die. Ingatan sungguh benar hilang, tp ajaibnya nama dia boleh lak ingat. Yang ada dalam gambaran kepala otak saya hanyalah namanya dan raut wajahnya yg selalu memakai tudung putih. Bila di flashback balik, nyata2 saya langsung tidak ingat. Di SMZII kah? di SMKTIP kah? tapi mungkin tidak. Di KMM kah? ataupun di diploma? Rasenye diploma pun bukan. Kmeungkinan hanyalah 2. SMZ n KMM.. arghhh.. tensen pikir...

Saturday, March 12, 2011

senyum bila terkenang...

Salam...
Baru sebentar tadi rasa ingin lelap dan mata mengantuk. Mahu tutup laptop dan tisur. Tapi tu hanya rancangan. Tiba2 saya teringatkan mimpi2 dua dan 3 hari yang lepas. Lantas tangan menekan tetikus, mencari blog si empunya diri. Saya selak blognya. Telah di update. Tgk gmbar terbarunya. Dia nampak gembira. Baca entrynya.. hmmm.... Dia sudah punya kehidupan baru, kehidupan yang lain bila dia kembali belajar. Saya gembira untuknya. Mungkin segala pehubungan komunikasi antara kami telah saya lontarkan jauh. Namun kenangan itu tetap ada. Saya kembali senyum. Dia mungkin masih dengan caranya...

End of the story. Tutup laptop, minum susu dan tidur. semoga kamu tidak lagi datang dalam mimpi saya, MR.I ;)

Merapu malam-malam...

Salam...

Baru perasan roti yg saya beli semalam expired date die 13feb. Baru makan 2 keping... so, ade x sape2 berminat untuk habiskan roti saya? sila mai amik.. ngeee~
Dan baru sedar susu Fernleaf yg diberi oleh umi saya xpayah tmbah gule sebab ia sangat manis.. (ekceli xsk minum Fernleaf sebab die manis x macam EveryDay{everyDay ok, not eveready} hahaha)tp umi da beli yg satu kilo punye, hentam je la labuuu...ahaks..

Ekceli jugak xtau nk cakap pe, but stil nk hapdet. Da lame x hapdet, mksu beta eceh, beta lak kan... maksud saya x tulis sendiri. 2 entry sebelum ni copy paste satu n satu lagi amik kat youtube satu. Awan Nano, best kan lagu tu... I dun really like Hafiz, but lagu tu best ok. hihi..

These few weeks a bit bizi la. Masuk lab, bertapa. Sedut gas2 dan segala macam chemical, balik rumah penat mao tido saja, g kelas as usual, test n esemen yg biasa. itulah rutin sebagai pelajar. Dan saya akan merinduinya, PASTI.

Untuk masa depan saya hanya mampu merancang. Dia yg menentukan. Ada rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang. Dan segalanya punya pro dan cons. Saya kadang rase penat untuk memikirkan ape yang bakal terjadi, namun apa yang mampu dilakukan hanya berdoa serta berusaha. TPM (Tenaga Pengajar Muda UiTM) da apply, UM da register, JobShop n Jobstreet da daftar, SKS(Skim Khidmat Siswazah) da intai2,UPM da ushar, USM da tilik, kerja da start mintak. Dunno mane satu yang menyebelahi saya. Bekerja atau master. Semuanya hanya Dia yang tahu. Hati berbelah bagi. Si dia mahu saya sambung master, Umi pula xkisah which one. Hati saya? aaaaa.... xtau2....

2 sem da... errmmm... tambah tolak darab bahagi.. 8 bulan kot x jumpe.. eh yeke? salah laaa.... januari lepas saya ade ke tempatnye la.. jumpe jugak walau sekejap.. hukhuk.. But its ok. Xperlu nk jumpe selalu kan (ayat sedapkan ati sendiri). Katenye jarak bukan penghalang asalkan setia n faham memahami. Dekat pun watpe kalo xsetia. I agreed!! Sorang Kelantan, sorang Penang, sorang Skudai sorang Shah Alam. Wut a big deal?? Xperlu duk dekat lagi katenye, da kawen t mmg da jelas da dekat. Sy setuju!(semuanya setuju).

Saya rindu OYI APOH saya sangat. He always makes me smile. The most loved nephew. The bitter and sweeter of mine. Skang abang da pandai jeles kat adik. Bila mama jaga adik, abang merajuk. Xnak cakap ngan mama, xpedulikan mama sampai mama balik Shah Alam. Mama Call pun da malas nk cakap ngan mama. Bila da lame2 da berputik rasa rindu mule la call "Ello ama, abe ayamm ama..." katenye... sangat chumill...


hmmm... da xtau nk merapu ape da.. mate sdah layu dan kuyu... otak da xleh nk pikir nk cakap ape.. tunggu hunny cal pas main futsal (main futsal ke wat bola futsal nih?)aishh!!! cepat cket plezz...

k everyone, bacelah karangan saya yg merapu ni. Kalo cikgu BM bace ni sure dapat C or D. Isi tunggang terbalik, xde connection between isi, ayat tah pape.. Maaf cikgu2 BM saya dulu, Cikgu Ismail, Cikgu Shazura, Cikgu Alias, Cikgu che Idah, n Cikgu Wan Zainab(sekolah menengah). Xlupa cikgu sekolah rendah, cikgu Hanafi, Cikgu Siti Zaharah, Cikgu Norashikin, Cikg Tg Shariah... emmm.. sape lagi eh? Cikgu Hasmi Ros, eh2, cikgu Hasmi Ross cikgu Math.. emmm.. senang cite sme cikgu saye la.. maaf ye..
Nanait sume... daaaa~~~

Tuesday, March 8, 2011

Sunday, March 6, 2011

JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..




“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


p/s: taken from someone page....;)

Friday, February 25, 2011

Aku menulis...

Aku menulis
Bukan kerana nama
Aku menulis
Bukan kerana rajin
Aku menulis
Bukan kerana hobi
Aku menulis
Hanya kerana ilham
Yang datang
Kadangkala mengganggu
Aku menulis
Hanya untuk ketenangan
Hanya untuk kepuasan
Yang aku sendri rasakan
Dikala aku menaip kencang
Dikala pena berada di tangan
Aku menulis
Dengan ilham yang datang sendiri
Tidak kira di mana aku berada
Aku menulis
Bukan kerana mahu
Tapi kerana hendak
Dan yang pasti
Aku menulis...
Bukan kerana nama.... ;)


DEQJAA
22:40
Kamarku di Blok 53..

Sekolah buruk itu

Sekolah buruk itu
Masih ia teguh berdiri
Bersama tiang yang utuh
Bersama pagar yang berkarat

Sekolah buruk itu
Masih ia tetap di sana
Bersama seribu memori semalam
Mengenggam rahsia sebuah hati

Sekolah buruk itu
Tempat aku mengenal ilmu
Tempat aku bersua teman
Tempat aku bertemu cinta

Sekolah buruk itu
Aku rindu kenangan silam
Aku rindu kemesraan dulu
Aku rindu Keakraban teman

Sekolah buruk itu
Kini telahpun berubah rupa
Mungkin bisa di panggil elit
Namun aku tetap bangga dengan sekolahku


P/S: Khas untuk sekolahku: SEK.Men.Tg Indera Petra1

DEQJAA
15:35
Atas bus Rapid T604..;)

JUJUR vs TIPU...

Salam...

Jujur dan tipu...
JUJUR... Satu perkataan yang manusia paling suka sebut.
"Saya suka orang jujur dengan saya"
"lebih baik awak cakap jujur daripada tipu. Kalo awak tipu saya lagi marah"

Bila ditanya setiap orang... Rata2 akan kata, "saya prefer kawan yang jujur dan ikhlas daripada kawan yang hipokrit, menipu je. Tunjuk je suke padahal xsuke"

Anda pembaca pun mesti berpendapat begini kan?

TIPU. Adalah satu perkara yang dipandang jahat. Permulaan perlakuan jahat adalah bermula dari menipu. Bak kata orang tua2 "siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri". Sume orang xsuka orang yang menipu. Ada sapa2 suka orang yang menipu??? sila angkat tangan!!

Hahahahaha...
Semua orang pasti tak angkat tangan kan? Apakah anda sebenarnya orang yang menipu kerana anda tak angkat tangan?

Ramai orang sukakan kawan yang diam. Kawan yang xbanyak cakap, Kawan yang terima je kalo ape2, Kawan yang rileks. Kawan yang suke memuji. Kawan yang sentiasa terima. Kawan yang xbanyak komen tentang diri sendiri.


Berapa ramai yang sanggup mendengar kata2 kawan yang bercakap jujur? Rata2 orang akan menjauhi mereka yang bercakap jujur. Berapa ramai orang yang sanggup dengar dirinya dikutuk depan2? Berapa ramai orang yang sanggup dengar bila kawan jujur yg kawan xsuka bf nya? berapa ramai yang sanggup terima bila kawan kata kamu ni bossy sangat la. Berapa ramai yang sanggup dengar bila kawan kata aku xsuka cara ko camni camni?? berapa ramai? Dan berapa ramai lagi yang akan terus berkawan dengan kawan yg xsuka bfnya? berapa ramai lagi kawan yang akan berkawan dengan orang yang nampak kelemahannya? Berapa ramai?


Dengan itu, tepuk dada tanyalah hati.. anda dikalangan orang yg mana? Sukakan kejujuran atau sukakan kepalsuan kerana yang diam depan kita x semestinya diam juga belakang kita..:)

Saya penunggu yang setia..

Title: Saya penunggu yg setia.

Objective: Untuk menunggu dan menunggu.

Situation 1
They: ey,ko tggu kat sane dulu eh, t aku g sane kite jumpe and g sesame..
Me: Okay..

After almost 30 minutes..

They: Wey, sori la, aku xleh g la. Bf aku ajak teman die g balai polis..
Me: Okay

Situation 2
They: Ko tunggu sini jap, kitorang g mengundi dulu ok? Pastu kite wat esemen same2 k.
Me: Okay

After 15 minutes..

They: esemen ni kite wat camni2.. bla bla bla (sambil cakap berdua)
Me: errr.....


Situation 3
They1: Aku lapar, nak beli makanan la
They2: Aku pon...
They1: abis sape nk tunggu jaga beg n tempat?
Me: Xpe, korang g dulu. Bia aku jaga dulu..nnt korg jaga laks
They: Okay

After 10 minutes...

They: Eh, kitorang nk gerak dulu la.. ko bawak beg ko skali nnt ilang ni...k, jumpe kat kelas k...
Me: errr... OK


Situasi 4:
They: Ko ade nk pesan ape2 x? kitorg nk kua makan..
Me: korang nk makan katne?
They: Nnt kitorg mesej nk makan katne, t ko mesej la nak makan ape..
Me: OK..

After 3hours.. they came back...

Me: eh, tadi kate nk mesej cakap makn katne...
They: eh, forgot la... sori2..
Me: errmmm.. xpela, aku kua sendiri..


CONCLUSION: Saya penunggu yang setia.. bukan penunggu gua tau.. hahahaha...

Do not offer me things...

Do not offer me things
Do not offer me clothes,
Offer me attractive looks,
Do not offer me shoes,
Offer me comfort for my feet and pleasure of walking,
Do not offer me house,
Offer me security, comfort, and a place that clean and happy
Do not offer me books,
Offer me hours of pleasure and the benefit of knowledge
Do not offer me CDs,
Offer me leisure and sound of music
Do not offer me tools,
Offer me benefits and the pleasure that come from making beautiful things
Do not offer me furniture
Offer me comfort and the quiteness of a cozy place
Do not offer me things,
Offer me ideas, emotions, ambience, feelings, and benefits.

Please do not offer me things...


sources: Universal Studio's mission statement

Saturday, February 19, 2011

aku rindu....

Aku rindu masa itu
Masa aku dan dia
Aku rindu masa itu
Ketika dia tersenyum manis padaku
Aku mahu waktu itu
Kerana dia kini tidak lagi bersama.

Aku rindu masa itu
Masa dia masih di sisi
Bantal teman tidur
Kita sanggup kongsi bersama
Waktu yang terluang
Kita cedok ilmu bersama

Aku rindu masa itu
Ketika dia masih bersama
Berbusana sedondon bersama
Berbaju kurung warna serupa
Kasut yang seakan sama
Aku rindu ketika itu

Namun masa itu berlalu pergi
Jauh pergi meninggalkan diriku
Seperginya dia dari hidupku
Aku rindu temanku.. S...

18 feb 2011
14:14
FSG 408

Monday, February 7, 2011

GF's day out~~

Salam...

Semalam, 5 Februari 2011 and is my GF's day out with my hunnybees : Azreen Hamiza Abd Aziz and Izreen Roslee. Both are my friends mase diploma. Azreen is the first person I met in UiTM Arau a.k.a my first roomate in Arau while Izreen is her bestfriend which then turn to be mine also.. hihi..

Ekceli sangat lame x hangout with those girls since last sem I guess (lame ke?) Last time we met during Azreen's engagement which I also wrote bout her engagement in this blog.

We met up at Setiawangsa LRT station where Izreen pick me up then we are heading to Gombak, Azreen's house. After diskas punye diskas, kami berkeputusan menuju ke Mid sahaja coz according to Azreen, die da lame x jejak kaki ke Mid. Saya follow je.. janji dapat met dorg cukup.. ngee~

Before we start our 'journey' in Mid, perut yang kosong perlu diisi agar pengembaraan mencuci mata dapat dijalankan dengan sempurna.. hahaha.. Then looking for tempat makan pulak. Manusia kat Mid punye la ramai. Xpernah kot ramai cam ni. Then, we decide to have meal kat Chillis.. Dan ini adalah santapan kami:


Ni Izreen punye beger..


This is my meal- Chiken fire smoke bla bla bla (name panjang sangat)



and this is Azreen's trios fajitas

Haha.. sume meal ni punye la seksa nak abiskan. Tah berapa kali 'Rehat & Rawat' tah. Saling bantu membantu mengahbiskan meal masing2 sehingga kepenatan. Setelah kepenatan beransur (tapi perut masih lagi penuh) kami pun mule la bergossip.. Syok2 bergossip tiba2... jeng jeng jeng....


Sekumpulan lelaki pekerja Chillis datang membawa Vanilla Ice Cream with brownies and on top of it ade candle. Mereka mendekati kami dengan mengejut. Otak saya da mule berfikir, Birhday sape? Birthday saya 2 hari lepas dan so impossible dorang tahu my birthday. Hmm.. Dorang salah meja kot, sepatutnya pegi meja lain, nk je terkeluar kat mulut ni "encik salah meja la, dessert ni bukan milik kami, kami x order pun, mybe orang lain punye" tapi saya fikir lagi, Izreen and Azreen selalu lepak cini, maybe they celebrate birthday Izreen kot coz birthday Izreen 29 January. When i turn to Azreen n Izreen, they also looked surprise. Sah!! Dorang salah anto ni. Dessert ini bukan milik kami. Then the audience and all the customers inside Chillis start singing "happy birhday to you.. happy birthday to you, Happy birthday to Hajar... Happy birthday to you." Uhhhh???? Happy birthday to me?? For me?? OMG!!! Its really happen to me??



But, sape yang order? Sape punye plan? Muke mase tu mmg xleh blah la. Terkejut kot. Rupenya that is part of Azreen's plan. Terkojut eden.. But really unexpected surprise from her. Tak nampak langsung sign or hint die yang plan, tah bile die g order, tah bile die g gtau org tu. Mmg she never missed to celebrate my birthday with cake, but i never tot that diz year pun die nk celebrate jugak. Izreen pun same bersubahat tapi xmpk lgsung kesubahatan die.. ish2..BTW, tQ so much to my sis Azreen. ngee~


The left one is Azreen while the white girl is Izreen


p/s: Luv both of u..

Thursday, February 3, 2011

FEBRUARY ohhh FEBRUARY...

Salam...

Bertahun sudah berlalu. Kini Februari muncul kembali dengan sejuta kenangan semalam...Sungguh cepat masa berlalu.

Setiap tahun, setiap bulan, setiap detik, saya hanya menantikan kedatangan Februari.

ADA APA DENGAN FABRUARI??

Orang kata Februari adalah bulan kasih sayang.. betul ke?



Mungkin betul dengan adenye 14 February, iaitu hari yang dinantikan oleh pasangan kekasih. VALENTINE'S DAY (ape bende la nk sambut hari cenggini.. tiap2 hari pun leh jadi hari kekasih what? Plus bukan adat kite pun nak sambut hari kekasih ni)






Every year pun i always waiting for Februari.. But, when it is around the corner, that feelings comes too... *sigh*
Saya sering menantikan Februari. Februari yang penuh dengan perasaan yang bercampur baur bagi saya. Bila Februari menjelma, 'dia' juga pasti datang menemani mimpi saya, ibarat satu trauma. Saya sangka trauma ini sudah berakhir dengan kehadiran insan baru dalam hidup saya. Namun rasa trauma itu tak pernah hilang. Malahan saya semakin takut perkara yang sama berulang kepada orang baru itu. Rasa sakit, pedih, kecewa, sakit itu datang berulang2 mengganggu mimpi saya sepanjang minggu pertama Februari. Dan itulah yang berlaku pada tahun ini dan juga tahun2 yang sudah. Dia masih datang dalam mimpi saya. Datang menyakiti hdan mengguris hati saya lagi. Oh Tuhan, bilakah ini semua akan berakhir?




But why i stll waiting for February??
Sebab February la tukang tambah umur saya ;)
This year on 3rd i became.... tadaaaaaa~




erkkkkkk???!!!
betul ke angka nih??? errrrmmm....
btw, jangan tanya saya 'soalan cepuemas' itu ye sebab jawapannya untuk dua tahun akan datang ini belum lagi masanya.. Lepas 2 tahun akan datang baru tanya saya tentang persoalan perkahwinan itu... ngeee~

Sunday, January 30, 2011

8 & 9 Januari 2011


Saya rindukan 8 & 9 January 2011.... sobs sobs....

Friday, January 28, 2011

Mimpi lagi dan lagi~

Semalam dia datang lagi
Menjenguk tirai mimpiku
Seperti hari hari yang sudah
Apa mahunya aku tak pasti
Apa inginnya aku tak mengerti
Setiap kali bertentangan
Pasti dia akan menjenguk mimpiku
Bukan sebagai musuh
Bukan juga sebagai lawan
Namun sebagai teman
Yang seolah-olah akrab sekali
Untuk apa aku masih tertanya
Mungkin masih ada hutang yang belum terlangsai
Mungkin masih ada yang pudar belum dijernihkan
Ingin aku meminta
Agar dia menjauh
Kerana mimpi ini
Pasti mengganggu fikiranku di siang hari
Silalah menjauh hanya itu pintaku
Dan hari ini
Aku pasti bermimpi lagi
Mimpi tentangnya
Kerana aku bertentang dengannya
Lagi......

Sunday, January 23, 2011

terbaeeekkk~~

Salam..
Siang tadi ingat nk study organometallic & electrochemistry. Bajet2 mase cukup la coz start study kul 10 pagi. Anggaran lam kul 2 ptg leh le continue ngan electro laks. Malam laks plan nak study material. Eceh, dalam satu hari study 3 subjek beb.. Memang terbaekk!! Bukan ape, diz week i'm quite busy dengan kelas, ngan lab, meeting *sigh*. But its orite. Arini saje la xnak g lab sebab nak study (kononnye la)

Plan baeek punye nih. Sambil2 tu on la lappy. Mule2 saje2 je tgk youtube lagu2. Tetibe tertekan lak perkataan 'NGANGKUNG'. Alamak! jumpe link la. Ape lagi.. layannnn~~

Abis layan Ngankung, tetibe lak jumpe link 'MAGIKA' lak... aduhhh, dugaan betul... then layann lagi.. terbaikk.. cun lak tu cite. Ala2 fairy tales n i like! Credit to KRU Brothers.

Habis jek Magika, igt nk stop la.. Tetibe lak ternampak 'TANGLED-RAPUNZEL'. Saya klik lagi kat link tu. Layan lagi.. Yg sepatutnya study 2 subjek siang tadi, mampu habiskan 1 subjek je.. Organo.


Malam laks, dengan bangganya membka buku Material Chemistry. Sambil duk tgk2 notes, handout, buku teks n my notes sendiri. tetibe tergatal tangan search la pulak 'Lagenda Budak Setan' yg drama pulak. Tup2, abis 4 episod tgk malam ni saje, notes material dapat siapkan suku kertas A4 jek.. mmg terbaik sungguh!

Mane cikgu saye ni, mai tulun rotan ni.. pemalas! Asyik nak main jek kejenye... haiyaaa!!! Tinta, plis dun do it again ok??? u r wasting ur time!! *marah kat diri sendirik*

p/s: tapi best gak. Dapat le release tension setelah seminggu tanpa rehat yg cukup.. (Bajet busy la tu)

Saturday, January 22, 2011

Itulah sayang~~

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tuesday, January 18, 2011

Insiden hujan dan masa depan~

Salam..

8 Januari 2011
Plaza Angsana Johor Bharu


Dia :Nampak cam nak ujan je ni. Kalo kite keluar lecun jugak kite ni.(sambil merenung jauh ke luar)

Saya : Mane ade. Tengok orang tu jalan ok je. Kalo ujan mesti die jalan cepat2 xnak kasi kena hujan. (sambil blur2 tengok keadaan kat luar cam cerah je)

Dia : Memang la 500meter ni x nampak cam ujan. Cube tengok 5km kat depan nu, nampak tak langit camane?(pandang saya dengan senyum manis terukir di bibir)

Saya :Aah la.. hihihi..(senyum)

Insiden ni sebenarnye telah menjadi satu kayu ukur untuk kami. Sejak insiden ini dia sering berpesan pada saya supaya sering memandang 5km di hadapan kita, bukan sahaja 500meter di hadapan. Perjalanan hidup ni terlalu rumit dan memerlukan keputusan yang tepat. Dan katanya, setiap kali melakukan apa2, seringkali lah memandang jauh ke masa depan kita, bukan setakat setahun dua malah untuk 10 tahun akan datang.

Dan bila masa saya hampir putus asa, hampir rebah meniti hari2, dia akan sentiasa mengingatkan insiden ini kepada saya untuk dijadikan panduan.

Monday, January 17, 2011

lalalala~

Salam..

Mengetuk dulang paku serpih.. Mengata saya, awak tu yg terlebih2. Alangkah seronoknya. lalallala~

Moral of the story: jgn le laser sangat. Nak mengata orang tu, tilik2 diri sendiri dulu. Dulu bukan main mengata saya ye. Sekarang, nah ambik ko. Awak tu lagi juta2 kali lagi teruk...lalala~

Ingatlah, time kite kat atas tu jangan takbur sangat. Biasa2 sudahh. Jangan sangka tupai melompat takkan jatuh. Ni bukan setakat jatuh, siap tergolek2 lagi. lalala~

Friday, January 14, 2011

I love her...

Salam..
Mood: sedih dan terluka.


I love her.
More than I thought.
I love her.
But maybe she doesn't know that
or maybe she knows but she never care at all.
I'm hurt
But maybe only me felt that
And, she never care.





Saya punya kawan. Kawan yang saya kenal beberapa tahun dahulu. Kawan yang sentiasa bersama saya suatu ketika dahulu. Kawan baik yang sentiasa pakai baju same warne dengan saya. Yang sentiasa pakai kasut yang sama dangan saya. Dan sewaktu dulu kami sangat gembira. Sentiasa tersenyum.

Tapi bumi ini berputar pada paksinya. Ombak yang datang tetap memusnahkan pantai. Roda yang berputar di sepanjang jalan. Detik waktu yang meninggalkan. Kami semakin jauh antara satu sama lain.

Dunia ini penuh pancaroba. Dunia sekarang penuh kebendaan. Namun apa ada pada saya? Hanya ibarat basikal buruk yang dicampak setelah adanya motosikal baru. Saya tidak punya apa2. Hanya yang ada bas rapid sahaja. Saya tidak punya basikal, apatah lagi motosikal atau kereta yang boleh memnudahkan orang lain. Saya hidup penuh berdikari dengan apa yang ada. Dan tidak semua orang boleh menerima itu.

Mencari teman untuk berkongsi susah amat payah kerana nyata hidup ini terlalu ramai ingin berkongsi senang. Dan itu, saya relakan dia pergi bersama teman barunya yang punya segalanya. Tentang saya usah dirisaukan. Tahulah saya merawat hati.

Tidak pernah terfikir untuk saya menyayangi seorang kawan sebegini. Tidak pernah terlintas di hati untuk merasa sedih melihatnya bersama teman lain. Tidak pernah saya sangka wujud sedikit rasa cemburu melihat dia dengan teman barunya, yang mana mereka sering melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dulu. Saya sangat merindui itu. Semuanya sangat menyakitkan. Dan dengan itu, saya memilih untuk memencilkan diri. Berada jauh di sudut sana. Memujuk hati yang sering menangis.

Ingin sekali saya nyatakan tentang perasaan ini. Namun siapakah yang mampu mengerti? Ini semester akhir. Dan saya harus kuat. Let she with her. I hope I dun mind anymore... And I hope she will be fine with her decision of ignoring me for someone she felt she can cope with.. and I always hope that she will be alright..


p/s: i love u girl, with all i have as a good fren to u. hope u will understand later why i'm gonna be like this...

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku~

Salam...

Tolong Ingatkan Aku,
Bahawa 2 tahun tu tak lama
Semuanya pasti ok nanti.

Tolong Ingatkan Aku,
2 tahun itu adalah pasti
Kami mungkin tidak berjauhan lagi.

Tolong Ingatkan Aku,
Jika 7 tahun dulu boleh,
Mengapa sekarang tidak.

Tolong Ingatkan Aku,
Sabar itu sangat ajaib
Dan sabar itu sangat berbaloi2.

Tolong Ingatkan Aku,
Segalanya pasti baik-baik saja nanti...
:)



Tuesday, January 4, 2011

kadangkala~

Kadangkala
Sedih merangkak datang kembali
Aku pernah merasakannya..


Kadangkala
Simpati menjenguk tirai hati
Dia kini merasakannya..

Kadangkala
Baru kita sedar
Betapa bulat dunia ini
Berputar-putar di atas paksinya..

Namun
Tak semua orang bertepuk gembira
Atas kesedihan orang lain
Hanya yang pernah merasa akan mengetahui...

p/s: hanya hati yg tahu...

Sunday, January 2, 2011

Filem Cinta 2010 : LBS

Bila cinta kini tak lagi bererti
Yang kurasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu~~


Semalam saya menonton filem cinta hebat 2010 --> Lagenda Budak Setan. Setelah berkurun teringin nak tengok. Akhirnya.... Walaupun dikira sebagai out of date sebab baru sekarang nak tengok. Tapi saya puas hati. Puas hati dapat tengok.

Mula2 tgk... saya tak tahu kenapa hati saya rase berdebar-debar. Bila cerita da start.. hmmm...

it start to flowing down
then... non stop...
Ohh my GOD.. i'm crying.


Cerita dia simple. Jalan cerita yang simple. Not too complicated. Tapi menyentuh hati saya. Saya tak tahu nak komen pasal apa. Cerita dia tade la best sangat. Tapi sangat mendalam. Touching me deeply. Meninggalkan seseorang yang disayangi kerana permintaan keluarga (Ayu). Tidak melupakan rasa cinta walaupun apa yang berlaku (Kasyah). Meninggalkan seseornag yang dicintai untuk kebahagiaanya (Kate). Sanggup berbuat apa saja untuk orang yang dikasihi (Azmi). Segalanya tetang cinta. Azmi mungkin dianggap sebagai watak antagonis. Baran, kasar, dan ganas. Namun di sebalik sifatnya, dia sanggup melakukan apa saja demi cintanya. Dia banyak berkorban untuk Ayu. Namun benar kata orang, pengorbanan tidak dapat membeli cinta. Kasyah, superhero dalam filem ini. Sangat tersentuh hati bilamana dia bersungguh-sungguh menjaga Ayu ketika ayu hilang ingatan. Betapa sabarnya dia. Touching... INI CERITA TENTANG CINTA. Segala tentangnya..


Apa lagi yang saya suka tentang cerita ini? hmm.. Suasananye. Sangat suka suasana kampung tempat Kasyah buat research


Sangat dan amat indah. Sangat suka pokok di atas bukit...


Tapi abg saya kata, LBS series lagi best. Lagi mencabar. Lagi banyak konflik dan lebih real. uhh.. x sabar nk donload. huhu.. Dan esok.. saya akan dapatkan novelnya (for the first time nk carik novel melayu, cam x caye jek)



Layanzzzzz...

Hello semester akhir.. wink2...

Salam tahun baru...
Esok 3hb Januari 2011. Bermula sesi pembelajaran baru untuk saya, kawan di UiTM dan juga universiti awam yang lain, juga untuk adik2 yang masih bersekolah. Esok hari Isnin yang menceriakan kerana dapat jumpe balik kawan sekelas dan sefakulti. Yay!!

Hmm.. Esok bermula semester baru dan juga semester akhir untuk saya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia di UiTM (Universiti Ini Tolong Melayu)InsyaAllah. Rase macam semalam je saya mendaftar di UiTM kampus induk ni. Sungguh cepat masa berlalu. Tak terasa 2 tahun setengah berada di sini. Apekah saya akan meninggalkan UiTM dan beralih ke universiti lain tahun hadapan? Itu belum pasti tetapi yang pasti nama UiTM akan tetap bersemi di hati ini. ahhh... tetibe syahdu lak. Jap2, nk nyanyi lagu ni jap

hahaha.. patriotik lak

Lagu ni tetap akan mendirikan bulu roma saya tiap kali menyanyikannya beramai-ramai terutama sekali ketika konvo. Mase konvo mau rasenye nak nanges nyanyi lagu ni.. sob sob...

OK, esok da start kelas. Sem ni saya perlu lebih berusaha. Lebih dan lebih dan lebih. Ni je sem yang saya ada. Oleh itu, nak ke tak nak ke, kne usaha jugak. Kan kan? Tapi yang best, jadual sem ni agak menyebelahi saya. Isnin kelas start kul 3 dan hanya 1 kelas sahaja. So, no more Monday Blues. Bubye!! hihik.. Sem ni da x tarek subjek da (nak tarik mende agi da tade subjek da nak tarik) ngeee~~

Azam untuk sem ni-->> mencipta kenangan-kenangan terindah bersama teman-teman sekelas. Semoga saya akan pergi bersama kenangan-kenangan manis sem depan untuk dikenang.. sedih.. sob sob. xmo cakap da.. sob sob..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...